mari rapat ..

Belian runcit/pukal juga ada di sini. Dan apa kata jika produk disini dapat mengatasi masalah penyakit anda. Drug free. Semuanya adalah dari bahan semulajadi. Ok atau tidak produk di sini untuk anda adalah dengan IZIN ALLAH.

Tuesday, May 25, 2010

Berita Bernama Mengenai Serai


Oleh Melati Mohd Ariff


KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Di sebalik pelbagai pencapaian dalam bidang sains perubatan dekad kebelakangan ini, penyakit yang berpunca daripada nyamuk seperti demam denggi, Japanese encephalitis (JE), filiarisis, malaria dan chikungunya terus menjadi penyakit paling digeruni.


Di Malaysia, penyakit-penyakit ini sememangnya semakin dapat dikawal tetapi rasa bimbang terhadap ancamannya menular lagi tetap ada.


Ini memandangkan nyamuk dan pathogen (agen yang menyebabkan penyakit seperti bakteria atau kulat/fungus) yang dibawa oleh nyamuk berkenaan boleh menjadi kebal dan tidak boleh dihapuskan oleh racun serangga dan ubat.


"Wabak demam denggi yang merebak di seluruh dunia boleh dikatakan berpunca daripada pembiakan serta penyesuaian nyamuk Aedes aegyptii dan Aedes albopictus, yang menyebabkan wabak denggi masih menyerang rantau Asia," kata Dr Nor Azah Mohamad Ali ke Bernama baru-baru ini.


Beliau adalah pegawai penyelidik kanan, program Tumbuhan Ubatan, Bahagian Bioteknologi Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).



LANGKAH TANGANI NYAMUK


Dr Nor Azah berkata langkah terbaik bagi mengawal pembiakan nyamuk ialah sama ada memusnahkan larva atau mengambil langkah perlindungan seperti penggunaan produk racun serangga untuk kegunaan rumah serta penghalau serangga.


"Kawalan nyamuk pembawa kuman pada masa ini bergantung kepada racun serangga kimia dan penyembur sintetik seperti dimethyl phthalate, malathion dan dimethyl-m-toluamide (DEET)."


Meskipun berkesan, sesetengah kimia ini mungkin berbahaya kepada manusia serta alam sekitar (pengurangan ozon) dan penggunaan yang berterusan mungkin menjadikan nyamuk pembawa kuman ini menjadi kebal kepada racun serangga," jelasnya.



POTENSI REMPAH DAN HERBA


Dr Nor Azah mencadangkan kemungkinan rempah dan herba, yang diketahui mempunyai ciri-ciri yang boleh melawan serangga yang kerap ditemui di bahagian minyak patinya, digunakan dalam racun serangga.


Katanya aktiviti minyak pati lazimnya terjadi kerana kehadiran monoterpenoid seperti limonene, citronellol, geraniol dan citronellal yang dilaporkan mempunyai ciri penghalau pelbagai serangga.


"Memandangkan bau memainkan peranan penting dalam mengawal kelakuan serangga, minyak pati boleh digunakan sebagai penghalau serangga," jelas beliau. Beliau berkata kajian awal FRIM mendapati banyak minyak pati seperti Cymbopogon nardus, Litsea eliptica, Melaleuca cajuputi dan Cinnamomum spp mempunyai ciri penghalau serangga untuk melawan gigitan Aedes aegyptii. Katanya contoh minyak pati tumbuhan lain yang dilapor boleh menghalau serangga ialah minyak geranium (Pelargonium citrosum), gaharu (Aquilaria malaccensis) dan Sweet Basil (Ocimum spp).


"Terdapat juga spesies beraroma lain yang boleh ditemui di dalam hutan Malaysia atau ditanam di taman untuk ciri-ciri perubatannya dan tujuan masakan. Minyak pati daripada spesies ini juga digemari industri minyak pati," kata Dr Nor Azah, yang berkhidmat dengan FRIM sejak 1987.



ANTARA KAJIAN FRIM


FRIM menjalankan kajian ke atas banyak tumbuhan yang berpotensi untuk digunakan ekstraknya sejak awal 1990an."Kajian kami bertumpu kepada kajian proses mengekstrak. Kita juga masuk ke hutan dan membuat pemilihan rawak ke atas tumbuhan yang mengandungi minyak pati.


"Usaha yang dibuat oleh FRIM ini adalah antara penyelidikan minyak pati yang terawal di Malaysia," katanya.Menurut Dr Nor Azah, mulai 1994, kerja penyelidikan menjurus kepada kajian menghalau serangga termasuk nyamuk dengan fokus kepada tumbuhan yang menghasilkan minyak yang kuat baunya.


"Kami dapati minyak pati mempunyai penawar semula jadi untuk dijadikan bahan penghalau serangga, selain bahan pewangi," tambahnya.


"Apabila FRIM menubuhkan bahagian tumbuhan ubatan pada 1995, kerja penyelidikan difokus kepada aktiviti bioaktiviti. Pada masa itu, denggi adalah penyakit yang sering berlaku dari semasa ke semasa.


"Penggunaan pelbagai jenis penyembur serangga untuk menghalau atau mematikan nyamuk Aedes, lama kelamaan akan menjadikan nyamuk itu kebal kepada penyembur serangga," jelasnya.


Menurut Dr Nor Azah, penyelidikan dibuat ke atas lebih 30 ekstrak tumbuhan termasuk ekstrak tumbuhan serai wangi, beberapa spesies limau (Citrus), medang, gaharu, kemoyang dan sireh.



DUA FUNGSI MINYAK PATI


Penyelidikan lanjut, katanya, perlu dijalankan ke atas tumbuhan yang menghasilkan minyak yang harum yang boleh bertindak bukan sahaja sebagai penghalau serangga tetapi juga boleh digunakan sebagai haruman.


Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa kajian yang dijalankan di FRIM mendapati tumbuhan beraroma seperti Citrus (limau), Ocimum (selasih), Cymbopogon (serai) dan Cinnamomum(medang) menunjukkan potensi ciri menghalau nyamuk apabila diuji ke atas larva atau jentik-jentik nyamuk Aedes aegyptii.


"Kesan minyak pati dalam mencegah gigitan nyamuk terutama Aedes aegyptii dinilai dengan menggunakan kaedah American Society Testing and Materials (ASTM) standard E951-85," jelasnya.


Dr Nor Azah berkata minyak pati yang paling efektif ditemui kebanyakannya daripada minyak pati Citrus.


"Nyamuk tak suka bau-bau tertentu dan akan lari bila tak tahan dengan bau minyak pati. Fokus kita sekarang ialah untuk kesan minyak pati bagi mematikan atau memengsankan nyamuk," jelasnya. Tambah beliau, penyelidikan minyak pati yang sedang dijalankan di FRIM adalah juga untuk memahami dengan lebih mendalam kesan terapeutik tumbuhan berkenaan, antaranya ke atas kulit manusia.


"Semua benda walaupun semula jadi, kalau digunakan berlebihan ada mudaratnya. Minyak pati tak digalak digunakan secara terus. Perlu diolah dalam bentuk krim atau losen sebagai contoh."


Ada juga sesetengah minyak pati yang mungkin mendatangkan alahan kepada wanita mengandung," Dr Nor Azah memberi sedikit peringatan.



BEBERAPA HASIL KAJIAN


Antara kejayaan kajian yang dibuat FRIM ialah minyak pati penghalau nyamuk yang diberi nama 'Deesrept'. Ia mengandungi satu minyak pati atau sebatian beberapa minyak pati dari keluarga citrus (limau).


Gabungan campuran minyak pati itu, jelas beliau, boleh diolah dalam bentuk krim atau losen. Menurut Dr Nor Azah, minyak pati itu diekstrak dengan menggunakan proses penyulingan hidro dan disaring kimia bagi mengekalkan tahap ketinggian mutu minyak patinya.


Satu lagi hasil yang mempunyai potensi besar, menurut Dr Nor Azah, ialah produk minyak pati dengan kesan adultisidal iaitu mengesan dan membunuh nyamuk dewasa. "Produk ini berasaskan herba semula jadi terdiri daripada sebatian minyak pati sebagai penghalau serangga dan mempunyai manfaat aromaterapi."


Aroma yang menyenangkan ini begitu menyegarkan dan menjadikan kita relaks. Kajian FRIM menunjukkan produk minyak pati ini boleh menghalau nyamuk ke tahap boleh membunuhnya," jelas Dr Nor Azah. Beliau berkata produk berkenaan boleh juga digunakan sebagai penyembur badan atau penyegar udara.


Katanya sebuah syarikat Bumiputera sedang mengusahakan produk berkenaan untuk tujuan komersial.



PERLU KAJIAN LEBIH MENDALAM


Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan ekstrak herba dan minyak pati memerlukan kajian yang lebih mendalam terutama dari segi keselamatan (tidak toksik) serta mempunyai tahap keberkesanan yang optimum," jelasnya.


Dr Nor Azah berkata pihaknya akan membuat lebih banyak kajian kerana ada banyak lagi minyak pati dari khazanah hutan negara yang belum diterokai. Beliau turut memberitahu bahawa kesedaran masyarakat umum mengenai produk alternatif untuk mengatasi masalah nyamuk sememangnya tinggi. Namun yang menjadi masalahnya ialah kekurangan produk di pasaran, antaranya kerana sumber bahan mentah yang tidak mencukupi untuk diproses.


Penggunaan bahan mentah herba asli juga menjadikan kos pemprosesan tinggi, tambahnya. FRIM sendiri, kata beliau, sudah mewujudkan satu stesen kecil penyelidikan di Maran, Pahang untuk menanam tumbuhan herba termasuk serai wangi untuk dijadikan bahan penyelidikan dan tujuan komersial.


Dalam masa yang sama, FRIM, juga kata Dr Nor Azah, turut mengambil langkah proaktif dalam menjaga sumber alam semula jadi. "Sememangnya hutan kita mengandungi banyak khazanah herba yang berpotensi tetapi jika kita ambil apa-apa spesies untuk kajian, kita akan tanam balik.


"Kita kena usahakan penanaman ini sebab kita tidak mahu orang berkata kita ini hanya pandai buat produk mesra alam tetapi dalam masa yang sama kita juga musnahkan hutan," katanya.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Promo Produk Di Rak Butik Orang Kampung

1. Suami saya malas bila diminta mengurut; gunakan MINYAK TUNA BUKIT. Gosokkan saja minyak dipermukaan kulit MACAM sapu bedak dimuka satu kali, dua kali, tiga kali, empat kali dan sudah siap ... Kulit tidak berminyak. Sakit uruat pun segera hilang.

2. Ingin mengembalikan kulit kembali seperti bayi ... licin, halus dan lembut! Gunakan
SABUN TIMUR TENGAH. Macam pakai sabun mandi biasa je ... lihat kesannya dalam seminggu ... kulit anda akan terasa benar-benar halus dan lembut. Anda pasti akan menyukainya. Boleh menjimatkan berbagai kos vitamin kulit. Bergaya dengan kulit bayi dan berdiri dengan penuh keyakinan.

3. Dah tak larat dah dengan kesan resedung ... jerawat, bersin dan rambut gugur; gunakan
SABUN RESEDUNG. Hama resedung akan mati. Cuma gunakan sabun sebelum tidur, itu saja. Perhatikan kesannya! Katakan TIDAK pada RESEDUNG. Ramai yang sudah dapat menikmati kulit muka yang baik ... anda bila lagi!! Untuk kesan MAX, amalkan meminum TEH EMAS.

4. Bilakah kali terakhir anda dan pasangan merasa seperti malam pertama dahulu! Sudah tentu lama dulukan ... Kembalikan aksi anda dengan
MINYAK LINTAH atau MINYAK TUNA BUKIT. Usahakan untuk memberi hadiah istimewa buat pasangan anda. Tiada yang mudah, tetapi berbaloi-baloi melalui usaha yang sedikit.

5. Selalu rasa mengantuk dan tidak bermaya; gunakan
TEH EMAS. Kini hanya dengan menjadi amalan meminum Teh Emas, anda dapat menyegarkan suhu badan, membersih sistem usus dan saraf DAN menyegarkan pernafasan anda.

6. Ingin merasa sentiasa segar; gunakan
SABUN SERAI. Anda akan merasa segar seperti sentiasa berada di 'tempat SPA'. Kulit menjadi harum dan cergas.

7. Cemas dengan kelenjar dipayu dara! Ramai yang telah berjaya menghilangkan kelenjar berkenaan melalui gosokan yang manja menggunakan
KRIM LINTAH. Kurangkan kerungsingan dan kembalikan keyakinan anda.

8. Merasa tegang di belakang leher (hyper tension) kerana kerja yang bertimbun atau masalah yang bertimpa-timpa atau migrane yang tak habis-habis. Jangan dibiarkan ianya berlarutan. Redakan tegangan ini dengan segera. Sapukan
KRIM LINTAH dibelakang leher supaya kesakitan cepat hilang. Jauhi diri anda dari postem, hidup ceria!

9. Selalu gagal membahagiakan isteri bila bermain 'ranjangan' dan dah nampak kenapa isteri kurang respect suami. Jangan biarkan sehingga perkara tak diingini terjadi. Atasilah segera sebelum terlambat. Mulakan dengan pakej yang terbilang ini.


Sebut Harga

Sebut Harga

ORDER

Order; sila call/sms +60193291311.

Penghantaran: Tiada wang pos dikenakan sekitar Semenanjung Malaysia.

POS:
Semenanjung Malaysia POS BIASA. Selainnya atas permintaan.

Tips Penjimatan POS: Baik order kumpulan barangan sehingga berat tidak melebihi 500g ... kerana apa? Sebab 1g hingga 499g adalah dalam kumpulan caj yang sama. Manakala melebihi 500g adalah dalam lingkungan caj yang lain. Jadi mengapa membazir? Jadilah sebahagian dari penyumbang SMART SPENDING.

MONEY Back Gurantee (Semenanjung Malaysia):
Tawaran ini hanya untuk sabun. Pun begitu hanya 100% dari harga barangan akan di pulangkan sekiranya, pembeli berjaya mengemukkan resit pembelian setelah menerima barangan yang ditempah. Untuk selainnya, 50% dari harga jualan akan dipulangkan kerana proses pembuatan agak rumit.

Terima Kasih kerana memilih dan menggunakan barangan dari BUTIK ORANG KAMPUNG.

Analytics.com