mari rapat ..

Belian runcit/pukal juga ada di sini. Dan apa kata jika produk disini dapat mengatasi masalah penyakit anda. Drug free. Semuanya adalah dari bahan semulajadi. Ok atau tidak produk di sini untuk anda adalah dengan IZIN ALLAH.

Friday, August 20, 2010

Sketsa Kisah Masyarakat







TAJUK: MINTA NASIHAT - Suami gagal beri nafkah batin

PENYELESAIAN: diruangan bawahhh sekali ...

Kisah diatas dipetik dari sebuah forum ....




-----------------------------------------------------------------------------------
From: Ustaz Insani
Date: Monday, June 28, 2010, 2:58 PM

Ya benar tu, jimak isteri bukanlah sesuatu yang wajib

Tetapi ulamak ada bincangkan antara perkara yang mengharuskan isteri minta fasakh nikah dimahkamah ialah ketidakmampuan seksual lelaki.

Mungkin hubungan kelamin dianggap remah oleh sesetengah orang
tetapi ia bukan sesuatu yang remeh kepada orang yang lain
malah ia adalah keperluan diri sebagaimana manusia perlu makan dan minum

Mungkin ada golongan yang mahu buat pungutan suara tentang poerkara ini?

Apa-apa pun, isteri ada hak bawa permohonan fasakh nikah apabila suami betul-betul telah mati pucuk

Amalkan gaya hidup sihat
Sihat sepanjang hayat

Terima kasih

-----------------------------------------------------------------------------
From: gary
Date: Monday, 28 June, 2010, 6:29 PM

perkahwinan tu suatu ibadah bukan anugerah

----------------------------------------------------------------------------------------

From: aidaonn110@yahoo.co.uk
Date: Tuesday, 29 June, 2010, 12:41 AM


Cakap memang senang sebab ...

1. Belum kena diri sendiri ATAU
2. DAH kena diri sendiri....dan yg berkata ittew yang gagal.... maka sukar menerima hakikat naluri kemanusiaan

Hikmah perkahwinan dalam Islam

cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak- kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Dapat mengeratkan silaturahim
Andai rasa diri masih "laku" dan berharga, masih subur dan mampu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak2 menjadi umat Islam yang berjuang untuk agama, bangsa dan negaranya, menagapa harus perlu menanti dan terus menanti dan mensia2kan nikmat yang telah Allah kurniakan? Andai segala usaha memulihkan suami bertemu jalan buntu, bukankah Islam ada menyebut

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.


Bukan masalah redha, sabar segala... isteri adalah manusia biasa maka usahlah sesekali membiarkan diri menjadi manusia yang zalim....mengadu tak semestinya boleh dikata membuka aib pasangan tetapi mungkin lebih kepada untuk mencari jalan penyelesaian. ..Kalau dah dia redha, tak adalah dia hantar email bertanya di sini... Tak begitu?


Apapun si pengadu, jika rasa tak boleh bertahan dalam rumahtangga sebegini, sila rujuk kepada perkara2 yang bolehkan ikatan perkahwinan boleh dibatalkan..

Selamat maju jaya...


Regards,

----------------------------------------------------------------------------------------------

From: Azman Amat
Date: Tuesday, 29 June, 2010, 8:51 AM

Ermm.... hubungan kelamin tu dianggap nafkah? wajib ke? dan bukankah perkara dlm selimut perlu dibincangkan antara suami isteri.. bukannya dgn membuka keaiban pasangan... terimalah pasangan seadanya...

rasanya kita terkhilaf sehingga mengatakan hubungan kelamin tu bertaraf nafkah.. sedangkan perkara wajib dlm rumahtangga lain seperti ekonomi boleh dibincang dan dikongsi bersama suami isteri...

maaflah saya pun tak arif pasal benda ni... cuma rasa terkilan sbb rata² pasangan islam yg bercerai berai ni menjadikan alasan remeh seperti "nafkah batin" sebagai alasan... malu rasanya...

hargailah pernikahan tu sebagai sebuah anugerah... dan jangan pula tujuan perkahwinan tu hanya semata untuk memenuhi kehendak...


waullahualam. ...

-------------------------------------------------------------------------------

from Abdul Aziz Abdullah Hashim
date Tue, Jun 29, 2010 at 10:11 AM
Assalamualaikum WarahmatuLLahi...Ta'ala Wabarakatuh

Hubungan sex adalah salah satu dari "nafkah batin",
kalau sex semata2 pun tak jadi apa,
nafkah batin amat lah luas untuk di bincang,
kena cari tok guru bincang ngan dia

AbdAziz Abdullah Hashim
Lot 2991, Kg. Wakaf Tanjung
Kedai Lalat (Kota Jembal)
16150 Kota Bharu Kelantan.
09-7642861, 0199812861

------------------------------------------------------------------------------------

from Ijat
date Tue, Jun 29, 2010 at 10:15 AM

Nafkah batin itu salah satu keperluan yang wajib ditunaikan. Kecuali ada persefahaman antara suami isteri tentang keperluannya.Sebab itu isteri boleh mohon cerai kalau suami tak mampu tunaikan nafkah samada zahir atau batin.So fikir-fikirla mana yang terbaik..Islam Ada jalan penyelesaiannya jangan jadi yang bukan2..

----------------------------------------------------------------------

from Iffie Che Idris
date Tue, Jun 29, 2010 at 10:40 AM

Daripada Sumber JAKIM.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=196

Kategori : MUNAKAHAT Tanggungjawab
Tajuk :
Kewajipan Suami Memberi Nafkah
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

Riwayat Ibn Majah

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Bole rujuk http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=343 untuk persoalan-persoalan berkaitan perkahwinan dan bab agama yang lain.

Wassalam
Iffie Che Idris
Kulai, Johor

----------------------------------------------------------------------

From Dara Pujaan Dara Pujaan >
Date Tue, Jun 29, 2010 at 10:45 AM

Saya selalu baca dimana2 saja termasuk di SIM ni, kalau lelaki yg ada masalah macam ni, dengan segeranya akan disuruh menikah lain tetapi bila wanita yg bermasalah, macam2 perbandingan tak baik keluar. Saya sendiri tak pasti adakah nafsu lelaki dan wanita itu tidak sama, yang membuatkan pendekatan penyelesaiannya juga berbeza?

Kalau sahabat pembuka thread ini berlaku curang akhirnya siapa yg harus dipersalahkan? Wanita tersebut kah? Ye, sememangnya wanita itu wajib dipersalahkan kerana 'melawan' hukum agama tetapi tentu ada solusi lain untuk mengelakkan dia terjerumus ke lembah kecurangan selain dari menyuruh dia bersabar, terima kelemahan dan fikirkan sebab mengapa dia berkahwin dgn suaminya dulu. Kalau wanita itu jenis boleh bersabar dan boleh terima, tak apa lah jugak tapi kalau tak boleh, macam mana? Apa akan jadi pada suami tersebut jika kisah kecurangan isterinya diketahui? Dah tentu 'kelemahannya' juga akhirnya akan diketahui.

Saya rasa semua terpulang pada individu itu sendiri. Kalau rasa boleh bertahan dan itu bukan satu isu, bertahanlah dan hiduplah dalam kasih sayang tanpa nafsu. Tapi kalau rasa bertahan itu lebih memudaratkan, akan membawa kepada gejala yg lebih buruk, ikutlah jalan penyelesaian secara Islam. Yg ni kena rujuk pegawai agama atau ustaz / ustazah.

----------------------------------------------------------------------------------

from fred dianza >
date Tue, Jun 29, 2010 at 10:46 AM

salam,
Kalau ikutkan luas sebenarnya benda ni.Adakah kita kahwin sebenarnya hanya itu tujuannya..Cuba fikir balik kalau ada suami yang boley terima isteri tidak dapat melahirkan kenapa para isteri tidak boley memahami suami.Mungkin para suami mengalami masalah berbincanglah.Sebenarnya begitu luas makna sebuah perkahwinan hanya manusia yang tidak mendalami.Oleh itu, selesaikanlah cara penuh berhikmah.Ini hanya pendapat saya.

------------------------------------------------------------------------------------------

From Realmabong
date Tue, Jun 29, 2010 at 11:04 AM

tak patutlaaa condem orang yang bertanya, elok diam saja jika tak mampu nak memberi penyelesaian

bagi sesetengah orang sex diambil mudah saja tanpa mengira yg keperluan sex itu adalah satu fitrah yang perlu dipenuhi yg sama seperti makan minum kencing berak.
perlu kita akui sex yang teratur adalah makanan pelengkap yang mampu memberi kebahagiaan kepada pasangan selain keperluan fizikal badan yang lain, ini tidak boleh dinafikan. Tanpa aktiviti sex yang sah seseorang boleh terjerusmus kearah perlakuan yang boleh menjatuhkan maruah.

saranan saya eloklah berbincang dahulu dengan suami untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah yang di alami itu, jika tidak berjaya, bolehlah bincangkan dengan suami akan alternatif atau alatbantu yang boleh digunapakai untuk memenuhi maksud penyelesaian dorongan sex tersebut, jika tak berjaya juga. si isteri dari sudut feqahnya sememangnya sudahpun layak untuk memohon fasakh melalui mana2 pejabat agama.


salam

-------------------------------------------------------------------------------------------

from: mohamed musthafa >
date Tue, Jun 29, 2010 at 12:56 PM


2 2 ni kawin atas dasar seks ke semata2...? bg saya kalo kedua2nya kahwin atas dasar seks semata2....baik cari yg lain je...sebab tujuuan asal perkahwinan itu telah menjadi mustahil....dalam istilah undang2...tujuan kontrak ini dimasuki telah pun dikecewakan (frustrated)....contohnya kita masuki kontrak beli lembu tp dapat kerbau....so kontrak itu perlulah dibatalkan...

tp saya percaya dalam hal ini....kontrak perkahwinan ini dimasuki atas dasar cinta dan atas dasar perlukan satu sama lain utk menjaga kedua-dua pihak pada hari tua nanti....justeru itu sekrianya nafkah batin tu tidak didapati hanya kerana suami mati pucuk..byk lagi teknik2 lain boleh digunakan...ada juga ramai single mother yg berumur 30an yang tidak kawin sehingga ke hari tua.....mereka boleh jugak hidup....

so jawapannya....simple nobody is perfect....take some as he is.....dont demand....at the first place he was the 1 u wanted n therefore u married him....now would it be fair if u dump him just becoz of ur desire...which was never ventilated to ur husband before ur marry him...????

so berterus terang lah...dengan suami anda...kalo anda rasekan nafsu anda lebih penting dari kehidupan suami isteri ini....so batalkan pernikahan ini dan pasti kan si isterii cari yang lain n sebelum nikah tanya bakal suami itu sama ada die boleh berikan nafkah batin sehingga ke tahap yg dikehendaki oleh isteri ini....jika boleh baru nikah...sbb takut nanti benda yg sama berlaku n kata cukup pulak.....


wallualam....

sori kalo ade yg tersinggung....just a bit annoyed n disappointed with people living in this world now...

-------------------------------------------------------------------------------------


From: ishak saleh >
date Tue, Jun 29, 2010 at 1:13 PM


salam pada sume.
maaf mencelah. fokus saya ialah pada wanita dan masaalah nafkah bathin.
Pada pengamatan saya wanita moden yg bercareer bagitu cepat melatah bile suami mengalami kekurangan nafkah zahir dan bathin.Kalau wanita dari golongn org lama bagitu lama bertahan dan menunggu dan tidak mudah meminta fasakh dari suami andai suami mengalami kehilangan kerja ( lay off), di buang keje , biznes tak menjadi , bangkrap dll. (Ikuti salah satu cerita dari Dr.Fauziah .. mana pergi mhilang Dr Fauzaiah, a balanced well rounded personality i admire).Apatah lagi kalau suami mati pucuk atau kureng dpt ;memberi' kepuasan.spt bile melalui stress keja, kena accident, kena penyakit kencing manis, darah tgi, stroke, paralysis dll. Wanita cepat meminta fasakh atau mula cari jln alternatif yg menyalahi agama termasuk berchatting di ym , mirc, and fb, sehigga berjumpa bakal suami..kemudian buat hal sehingga suami tpaksa cerai.

Tidak di nafikan dlm keadaan bagitu wanita punyai HAK utk meminta fasakh . Akan tetapi bile berlaku sebaliknya yakni wanita yg tidak cukup memberi nafkah bathin kpd suami , eg isteri sering byk keje d offis , isteri sakit long term, isteri melalui perubahan hormon - bile suami ingin melaksanakan HAK nya jugak spt mencerai isteri atau mencari madu utk isteri, wanita moden byk melatah tidak dapat menerima dgn ikhlas pilihan suami atau majoriti wanita yg bekerja ada career lebih sanggup bercerai bile suami ingin berpoli. Kemudian ada pulak lelaki (termasuk ustaz ) menuduh suami sebagitu adalh zalim. tidak bole blaku adil dll..Sedangkan bagi wanita yg tidak cukup menerima nafkah zahir dan bathin , mudah pulak di beri laluan utk memohon fasakh dgn kata2 perangsang lagi!!

Pk2 kan lah kenapa wujud this DOUBLE STANDARD dlm menangani problem sama yg di hadapi antara lelaki dan wanita..Wassalam.

-------------------------------------------------------------------------------------

From: Azizah Mohd Noor >
Sent: Tue, June 29, 2010 7:57:08 PM


w'mussalam nur natasha,

Saya setuju pendapat U. Sejauh pengalman saya dgn kawan2, isteri tak akan pernah gagal beri nafkah batin melainkan dia sakit. Sbb isteri akur &takut kena lahnat ALLAH. Tp Suami2 yg gagal dan ego ni dia lebih suka SIMPAN BARANG DIA kerana dia tidak takut dgn balasan Allah.
Untuk mencari jln selesai drpd bergaduh bermasammuka mengubat hati yg kecewa perasaaan isteri2 ini, anggap je lah barang suami kita tu barang2 simpanan reject atau expired tak bolih dugunapakai lg. Seumpama telur yg dibeli lama dlm simpanan tak bolih dimakan lg.
Hanya kita wait and see je lah......sampai mana keuntongan besar simpanan suami2 sebegini.

Dia ingat didunia ni dia lepas tp di akhirat nanti akan tersangkut juga jika tangungjwb ini dia abaikan. Saya brpendapat, masa di ijab kabulkan dulu dpan Tok Kadi si suami sebegini hanya setakat BELAJAR MEMBACA saje rukun nikah dan taklik pada isteri.
Saya ibarat kan lelaki umpama ini ada tengkorak tp tak ada otak. Maka tak ada lah semua perasaan dan tangungjwb pada isteri selama dia bergelar suami. Apa pun kita sebagai isteri patut tabah & beriman kerana kubur kita suami isteri lain2 walaupun sesayang mana pun kita pada dia. Allah je yg membalas.
Pandangan saya mengubat hati para isteri2 yg teraniaya.
-------------------------------------------------------------------------------------

From: Azman Amat
Sent: Tue, 29 June, 2010 10:57 PM

Terima kasih saudara gary atas teguran... saya menerima dgn hati terbuka dan kebenaran.. saya mengandaikan perkahwinan haruslah dihargai sebagai suatu anugerah (rujuk kembali kenyataan saya dimana "hargailah pernikahan tu sebagai sebuah anugerah") dan bukan perkahwinan adalah anugerah.

saya mengatakan kerana... ibarat kita bila di panggil sultan untuk menerima pingat... for sure hati berdebar² dan teruja untuk menerima anugerah atau pingat tersebut.. tambah² lagi bila ianya akan membawa gelaran... kalau boleh.. selepas terima pingat tu.. tiap hari je nak kena gosok bagi kilat... sampaikan ada yang senang dengan gelaran yang dibawa (hehe tu pun untuk yg baru pertama kali menerima pingat dan gelaran.. kalau dah biasa tu tak kisah sgt..)

begitulah juga dgn sebuah perkahwinan kalau boleh tulah yang nak dibanggakan. .. diusung kesana kemari... waima untuk mengaku sidia sebagai isteri pun tak pernah rasa malu... sbb tu anugerah yg diberi tu haruslah dihargai.. jgn hanya anugerah yg diberikan manusia.... anugerah perkahwinan yang diberikan Allah patutlah dihargai dan di syukuri... kerana tanpa anugerah "jodoh" yang Allah anugerahkan maka seseorang tu takkan sampai ke jinjang pelamin.... walaupun sudah mempunyai kemampuan segala²nya..

saya tak nafikan perkahwinan adalah merupakan ibadah.. tapi hargailah ianya sebagai sebuah anugerah...

mmg tak dinafikan dalam perkahwinan tu memerlukan pelbagai perkara antaranya hubungan kelamin... tapi janganlah disebabkan masalah hubungan kelamin dijadikan suatu yang mandatori dalam sesebuah perkahwinan. .. harapkanlah redha dari Allah.. insyaAllah perkahwinan tu akan beroleh keberkatan.. .

begitu juga dgn perpatah "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"... dalam ranjau kehidupan.. tak dinafikan akan timbul beberapa masalah dalam melayari kehidupan berumahtangga. .. saya ingin menjawap perpatah tersebut.. jika kita makan atau mengunyah dgn berhati².. rasanya kita takkan tergigit lidah... begitulah juga dlm melayari bahtera rumahtangga. .. selagi kita dpt elakkan masalah.. insyaAllah perkahwinan kita akan aman sejahtera...

ada orang berkata "gaduh² sikit dalam rumahtangga tu adalah asam garam kehidupan" baguslah kalau gaduh² tu membuahkan penyelesaian dlm kehidupan... tapi mcm mana kalau dgn gaduh² yang di"kategorikan" perlu dlm kehidupan tu menjadi barah? bukankah akan menjadikan kehidupan menjadi parah?

prevention is always better than cure...

wassalam....

-----------------------------------------------------------------------------------------

date Tue, Jun 29, 2010 at 11:46 PM

Salam...

Telah saya cuba sampai kan hal perbezaan diantara suami isteri ini dahulu tapi.....

1. Nikah, kahwin, cerai, cinta dan hubungan intim hanya dapat kita bolih dengar cerita nya daripada orang lain sahaja dan bukan bolih dibuat perbandingan serta guna pakai untuk individu tersebut ...sebabnya. . kita ni dijadikan Allah berlainan pendapat, cita rasa, selera dan lain-lain lagi. ..perbezaan inilah yg membesarkan ciptaan Allah dan rahmat nya supaya kita dapat bersukur dan saling kenal mengenal diantara satu dengan yang lain...kita bolih dengar tapi tidak mesti nya kita bolih guna pakai cerita-cerita tersebut...
2. Kita berkahwin,,bercerai , bersetubuh kerana Allah bukan nya kerana kawan atau kerana pasangan..kita lakukan ini kerana Ibadah dan perhambaan kita kepada Allah.
3. Institusi pekahwinan kita makin hari makin hancur olih sebab rapuh nya kefahaman tentang Fasakh, cerai, nafkah lahir dan bathin, tuntutan drp pihak suami dan isteri..hak anak-anak dan lain-lain lagi....kita telah jadi hal ini macam pengamal agama lain yang mementingkan sharat atau pun janji yang tertulis didalam surat nikah atau pun surat kahwin semata-mata tanpa memperhitungan kan dosa dan pahala.
4. Lahirnya kumpulan tertentu yang secara halus menentang dan menjahanam kan institusi perkahwinan islam.
5. Berjaya nya mereka yang anti kepada institusi perkahwianan islam satelah dapat menanam pemikiran mereka yang mana suami dan isteri itu mesti mempunyai hak mutlak untuk menegakan kebenaran kaum masing-masing dan salah menyalah diantara satu dengan yang lain.
6. Lahir nya pengamal hukum syariah yang penting kan keewangan dan bayaran service nya daripada menegakan kebenaran hukum Allah.

banyak lagi tapi perlu kpd ruangan khas...dan jangan tersesat dalam hal nikah kahwin, cerai dan nafkah lahir dan bathin ni...sebab kita berlafaz ..aku terima nikah nya kerana Allah Taala...bukan kerana lain..


hdin

----------------------------------------------------------------------------------

From soufee >
Date Wed, Jun 30, 2010 at 9:10 AM

salam,
maaf jika kata2 saya ni ada yg tersinggung... tapi saya rasa pelik bila isteri tak dapat layanan batin disuruh sabar tapi bila suami tak dapat layanan batin dari isteri, org akan suruh suami kawin lain. Tak adil betul isteri terpaksa terima layanan double standard

---------------------------------------------------------------------------------------

From: nur natasha alice>
Sent: Wednesday, 30 June 2010 9:47:15

salam, kpda semua...

sy pun rasa x puas hati jugak ... kenapa kalau lelaki,isteri x beri nafkah batin cepat sgt melatah terus mencari penganti dgn alasan isteri ada masalah...tp kalau suami yg x beri nafkah bleh lak mintak bincang sesama sendiri....oh x patut tol. cuba pikir kalau si suami yg memberi kasih sayang belaian selama kawin tp bila sampai satu tahap si suami x dpt beri...ape perasan isteri, nk kawin lagi pompuan x boleh, nak mintak cerai masih sayang suami ni, jadi simpan je perasan, sape yg berdosa... Kekadang lelaki nie ego nye kuat, takut klu kata mereka x berkemampuan. .

itu pendapat sy, tak tahulah org lain

wasalam


---------------------------------------------------------------------------------------------


From: hj mat ropi hj nor >
Date: Wednesday, 30 June, 2010, 10:19 AM

Saya merasa terpanggil untuk mengulas tentang kes suami gagal memberi nafkah lantaran si suami mengalami sakit yang menghalang beliau memberi nafkah batin, bukannya nafkah zahir. Di dalam Islam, nafkah zahir dan batin adalah keperluan sebuah perkahwinan yang mana suami dan isteri saling memerlukan kerana perkahwinan adalah juga satu keperluan dan ibadat yangmana daripada kehidupan berumah tangga itu, akan memberikan kebaikan kepada pasangan itu sendiri untuk melaksanakan ibadat yang wajib kepada-Nya. Pada saya, jika suami tidak mampu memberi nafkah batin, isteri berhak untuk menuntut fasakh (cerai) daripada suaminya. Cuma di sini, cadangan saya kepada suami yang tidak mampu memberikan nafkah batin, perlu juga peka kepada keinginan isteri dan di sinilah istilah kata-kata yang saya pernah belajar dalam tentera dahulu, JIKA MESIN TAIP ROSAK, BOLEH DITULIS TANGAN. Saya percaya perkara ini boleh diamalkan kerana seks adalah sebagaimana dinyatakan dalam alaquran (lebh kurang, kalau tak silap saya) Isteri kamu adalah ladang kamu dan bercucuk tanamlah kamu diladang kamu mengikut kehendak kamu.

---------------------------------------------------------------------------------------

From Azman Amat >
Date Wed, Jun 30, 2010 at 10:33 AM


Assalamualaikum..w.b.t...

terima kasih pada respon saudara/i sekelian... bukan nak kondem pada yang bertanya.. cuma apa yg ingin saya sampaikan disini ialah.. berkenaan insitusi perkahwinan masyarakat islam pada masa ini... kadar perceraian yang tinggi... kalau atas sebab yg boleh diterima takpelah... Perlu diingat.. perceraian tu adalah halal tapi Allah sangat benci pada perceraian... tak malu ke kita pada keluarga.. jiran.. dan masyarakat seagama dan bukan seagama.. bercerai hanya sebab tuntutan seks tak dapat dipenuhi..

tertarik pada pendapat sahabat yang lain... "bukannya kita tau bakal pasangan kita tu dpt memenuhi tuntutan batin" kita hanya tau kemampuan pasangan setelah diijab kabul... dan takkan selepas di ijab kabul dan setelah tak merasa hubungan kelamin maka kita perlu mengambil keputusan untuk berpisah?

fikirkanlah pasal keruntuhan insitusi kekeluargaan masyarakat kita.... kalau selepas bercerai tu dpt kawin dan tuntutan batin dipenuhi selepas tu alhamdulillah.. tapi kalau tak? cam mana pula kalau selepas bercerai tu Allah tak bagi jodoh untuk dia? bukan mudah untuk memegang status ibu tunggal... bayangkan kalau dia adalah ibu kita.. bayangkan kalau dia tu anak kita?

bak pendapat sahabat yg lain.. takkan nak iklan kat surat khabar "mencari pasangan yg boleh memuaskan nafkah batin" (maaf andai kenyataan ni keterlaluan)

statistik laporan perceraian bagi tahun 2007 mengikut negeri..

dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri Selangor dengan 3,722 kes diikuti Kelantan sebanyak (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551), Terengganu - yang dikatakan janda teramai di Malaysia di tangga keenam dengan (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37)


mmg mengikut punca perceraian ni disebabkan banyak perkara... tapi separuh daripadanya disebabkan seks...


ingin saya kongsikan satu kisah benar yg berlaku pada sahabat saya sendiri dimana selepas berkahwin pada 2 tahun lalu dan sehingga kini masih belum di sentuh oleh suaminya.. pernah beliau meminta pendapat untuk berpisah.. demi sayangkan hubungan perkahwinan mereka saya melarang beliau mengambil tindakan untuk bercerai... bukan ingin menghukum.. cuma apakah selepas berpisah nanti nasibnya akan terbela?

masih banyak perkara yg perlu difahami oleh setiap pasangan yang berumahtangga (terutama hubungan kelamin).. dalam modul kursus pra perkahwinan.. bab munakahat seperti ni haruslah dibincangkan... ni tak... penceramah pun malu² nak berbicara.. atas alasan ianya berunsur lucah... pendapat saya... kalau kita bincangkan perkara ni secara ilmiah maka ilmulah yg akan kita dapat... tapi kalau secara kelucahan.. maka nafsulah menjadi habuan...

dalam perkahwinan juga begitu... terdapat pasangan yang berkahwin tak tahu apa yg perlu mereka lakukan.. pasangan haruslah banyak berbincang mengenainya.. bersikap terbukalah dalam menerima pasangan dan kelemahannya... (insyaAllah pasti ada hikmahnya-Sesungguhnya Allah tak memberi ujian pada hambaNya lebih daripada kemampuan) belajarlah lebih mengenai ilmu rumahtangga... kurangnya ilmu rumahtangga menjadikan kita jahil dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga...

semoga ilmu yg ada dapat digunakan untuk bukan sahaja sepanjang perkahwinan... tetapi dapat diwarisi oleh anak, cucu dan generasi akan datang...

maaf sekiranya kenyataan saya sejak semalam tak dapat membantu selesaikan masalah sahabat saudari... cuma saya memohon sangat hargailah sebuah perkahwinan sebagai sebuah anugerah...

waullahualam...

--------------------------------------------------------------------------------------------


From: kalam pie
Sent: Wednesday, June 30, 2010 11:15 AM


Dan juga, tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati. Tanya lah dengan lelaki yang sihat, apa2 petua yang patut. Wallahua'lam. ..

------------------------------------------------------------------------------------------------

From: PMND >
Date: Wednesday, 30 June, 2010, 12:50 PM


kalu pada yg sihat walafiat..senam dan jaga pemakanan mengikut sunnah...jangan sesekali ambik ubat tambah power (yg sebenarnya cuma physco je) kalu yg dah kondem atau hampir kondem.. sila berurut pada yg expert.. jgn main hentam ..and lagi satu bukan urut body to body..haaa.. ..itu nambah masaelah... he..he..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

From: Reema Othman
Date: Wednesday, June 30, 2010, 1:16 PM

Btul kata u...gamaknya para suami ni slalu guna pakai ttng kuasa yg di kurniakan Allah swt utk mereka mnjadi terlbh ego..sdangkn bkn suami shj berhak ttp isteri pun ada haknya
dan..dlm kehidupn suami isteri yg penting prsefahaman yg mesti diterapkn dulu, bertolak ansur, tahu akn tanggungjawab/ peranan masing2, jujur dlm perhubungan suami /isteri.
klu suma nya dah boleh diterapkn dlm diri dan diiringi iman yang tingi..percayalah kasih sayang, perasaan hormat menghormati sesama pasangan,ketaatan dgn tanggungjawb kepada Allah swt didahulukn dan saling ingat mgingati dengan sndirinya kita akan redha dgn ketentuan Allah swt..Walau apapun masalah pastinya boleh di hadapi dan tak perlu dibincangkn dalm thread ni....
Selalunya pasangan yg hadapi masalah ttp tidak dpt solutionnya hanyalah disbbkn tiada / kurang KOMUNIKASI.. ..Luah meluahkan perasaan masing2 dengan cara yg baik adalah UBAT yg paling mujarab untuk menerima segala dugaan dan ujian dalam rumah tangga....Sekiranya para suami memberi / membuat 1 perkara terbaik utk isterinya, lebih 10 kali terbaik akan dibalas isterinya... ..tiada isteri yang nak masuk neraka kerana mendurhakai suami...klu slalu dikatakan org prmpuan (lebih2 lg bergelar isteri) ni mudah masuk neraka ini tidak bermakna orang lelaki / suaminya dijamin masuk syurga....Suami. ....Jgn ego kerana ada kuasa...kerana kuasa yg dianugerahkn adalah tanggungjawab utk memikul amanah....Berbangga lah suami jika berjaya menerajui sebuah rumahtangga yang penuh kebahagiaan. ..isteri yang taat pada suami , anak2 yang baik tingkahlakunya. ..rumah tangga yang aman...dugaan dan ujian dlm rumah tangga anggaplah satu rahmat kerana tanpa dugaan kita tidak tahu siapa sebenarnya pasangan kita....
Hidup hanya sementara... Entahkan kita yg meninggal dunia dulu atau dia yang mendahului kita....klu nak ikutkn 'Hati' tanpa perasaan mmg boleh saja tapi menyesal kemudian tiada gunanya....Pujuk lah hati dan perasaan kita..terima lah pasangan kita seadanya...walaupn amat melukakan... .ia nya anugerah Allah swt yg terbaik utk kita....yg lain nya kita bertawakal lah kepadaNYA...
So..tanya diri masing2 dimanakah silapnya sekiranya masalah /kepincangan rumahtangga menjadi hebat...bukan sehebat cinta kasih sayang tapi hebat kearah kegagalan...

Maafkan saya jika tersilap komen...ingatan untuk diri saya juga sebenarnya.. ..

Ikhlas,
kak reema

------------------------------------------------------------------------------------------

from hamba Allah >
date Wed, Jun 30, 2010 at 7:46 PM

mantap jawapan ini..i like aidaonn110 , islam itu adil lagi indah...our way of life..

--------------------------------------------------------------------------------------------

From: kalam pie >
Sent: Wednesday, June 30, 2010 22:10:20


Hahaha... saya syorkan semua isteri belajar cara mengurut body to body tu, confirm suami balik rumah tiap hari...

-------------------------------------------------------------------------------------------

From: jamsari omar >
Date: Wednesday, June 30, 2010, 10:43 PM

Saudara saudari sekelian...
Demi kebaikan anda semua.... hentikanlah cerita cerita yang mengaibkan diri masing2 ni.... Tak ada gunanya dijadikan bahan perbincangan umum kerana akan menambahkan dosa di antara kita... Kalau saudara/ saudari masih nak meneruskan juga.... saya dengan lafaz BismillahirRahmaani rRahiim berlepas diri dari anda semua.
Carilah mereka yg pakar dan dapat menjaga keaiban saudara/i untuk menanyakan masalah ini.

---------------------------------------------------------------------------------------

From adikastara eyedee >
Date Thu, Jul 1, 2010 at 3:07 PM


Islam Adil dan tidak zalim, rujuklah dengan pihak yang berkuasa. Bukan soal berkahwin semata2 kerana nafsu tetapi ia satu tuntutan dan Nabi SAW tak pernah menghalang umatnya untuk menikmati nafkah batin yang disebutkan ini. Janganlah memberi pendapat seolah-olah wanita tak dihargai 'sepenuhnya'.... Nafkah batin yang disebutkan adalah salah satu rencah dalam kehidupan berumah tangga dan sememangnya ia perlu dipenuhi kalau tak setiap hari,sekurang-kurang ada jangan sampai tiada langsung. Sang suami sepatutnya jangan bersifat ego untuk tidak cuba memahami 'permintaan' sang isteri. Kalau sudah tidak mampu memberi keadilan kepada isteri, baik adanya mufaraqah sahaja.....Tugas suami mengasihi, menyayangi, memneuhi segenap keperluan isteri. Faham-2 aje la...thx!

------------------------------------------------------------------------------------------

From: Liya Sari >
Date: Thursday, 1 July, 2010, 9:14 PM

kalau dah begitu ramai lah lagi kuota ibu tunggal atau golongan janda di muka bumi ini kerana tak tahan dengan sikap suami yang tahu bagi nafkah bathin je, nafkah zahir di abaikan..... ..isteri pula yang sibuk kesana sini cari nafkah untuk sara suami yang duk kat umah tu!! SALAH SIAPA AGAKNYA YA.......RENUNG- RENUNGKAN LA WAHAI SAHABAT KU SEKELIAN....


------------------------------------------------------------------------------------


From: ida mohd.saat >
Sent: Thursday, 1 July 2010 23:33:55

salam semua,


berkenaan nafkah batin dan juga zahir banyak pro kontranya... saya masih ingat lagi pengalaman saya selama 15 tahun bergelar seorang isteri. akhirnya gelaran tu tak dapat untuk diselamatkan kerana selalu mengalah akhirnya setelah fikirkan masak semasaknya perpisahan berlaku akhirnya.

2 tahun perkahwinan telah diduga dengan kehadiran orang ketiga saya masih sabar dan selamatkan keadaan, tetapi tahun berikutnya tetap berlaku dan berlaku lagi, saya hanya manusia, lemah dari segalanya.

tahun 6 perkahwinan kami dikurniakan anak ke dua, penyelamat perkahwinan kami walaupun sudah goyang sebenarnya, tiada lagi persamaan, hanyalah perselisihan faham......saya cuba sedaya upaya buat seadanya tukar rumah, tukar perabut dan ape yang termampu untuk ubah persepsi keadaan sekeliling untuk menarik minat kami berdua tapi tetap sama tak berubah.

bagi pengalaman saya sebagai suami dan isteri nafkah batin penting untuk menyemarakkan lagi hubungan seseorang, itulah sebabnya perkahwinan terjadi untuk menghalalkan perhubungan yang terjalin, kejujuran, percaya antara satu sama lain, luangkan masa bersama anak dan isteri, pemberian dan penerimaan amat penting sekali.

bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul..... ...... inilah pengalaman yang boleh dikongsi bersama..... ........banyak lagi sebenarnya yang hendak saya coretkan tapi cukup sampai disini.

terima kasih


------------------------------------------------------------------------------------------

From: intan_razanah baharudin >
Date: Fri, Jul 2, 2010 at 11:46 AM

seks tu penting dalam melayari rumahtangga. tapi harus diingat dan buat pengetahuan kaum adam, kaum wanita itu lebih suka istimta' (bergurau dan bercandaan dulu) jangan terus buat seks. perempuan lambat inzalnya (capai klimaks). jadi kalau dah diransang awal cepatnya sikit inzalnya sama macam suami (sbb tu dlm islam sunat beristimta' dulu). tapi lelaki skrg ni tak suka ada intro lama2 terus je buat. jadi pihak perempuan tak puas. tak adil bg sebelah pihak. sekali dua mungkin perempuan tu tak kisah tapi kalau dah bertahun tak ada kepuasan..tak ke kesian. boleh jadi rumahtangga berantakan. lelaki kena faham body language perempuan sama ada dia puas ke tak. itu semua ilmu, kena belajar. bukan main taram je.lagi satu kalau suami minta waktu bila2 isteri kena bg (kecuali dlm keadaan terntu) tapi kalau siisteri berkehendak kdg suami kata letihlah...itulah..inilah...adil ke? macam cerita perempuan berkalung serban (indonesia). best tau cerita tu. ada diskriminasi kat situ. sbb bila perempuan minta dikata gatal.
Fahamlah wahai kaum adam. nak kahwin bukannya senang. nak beri nafkah kat anak org. kena belajar ilmu rumahtangga termasuk ilmu kebatinan(seks), cara 2 nak didik anak isteri ttg ilmu agama. suami itu khalifah..ajar anak isteri ilmu agama. kalau tak pandai ngaji, kena belajar ngaji dan hantar anak isteri pergi belajar ngaji sekali.jadilah imam sembahyang. disamping tu bekerja cari nafkah yg halal. isteri akan respect suami yg begini. jgn nak berdakwah je..tapi sara hidup tak bg mcm byk org skrg lakukan.
ingatlah...suami, isteri drpd tulang rusukmu. nak ajar kena berhemah jgn lakukan kekerasan spt pukul, tampar dan sbgnya. krn itu bkn mengajar dan buat dia makin benci dan dendam kpdmu. berilah nasihat secara elok. bertingkah pendpt tu perkara biasa tapi slow2 berikan ajaran. nabi pun berdakwah hingga berpuluh tahun. kunci utama suami adalah...SABAR..



---------------------------------------------------------------------------------------------





Sabar pun ada batasnyer ... jadi mengapa tunggu. INI LAH PENYELESAIAN YANG DINANTIKAN ... jangan biarkan isteri anda kecewa dan curang ... ketidak puasan kepada isteri pasti ada kesannya.




PERTAMA:


Memperkenalkan Minyak Tradisional Keluaran Bumiputra dari Kedah.

HARGA rm35 Semenanjung



KEDUA:


Buah Memordica dari China
HARGA rm15.20 Semenanjung










promosi rawatan:


2 botol minyak tuna: rm70


3 kotak Teh Emas: rm45


jumlah: rm115




CUMA BAYAR rm100 (termasuk pos)




AMAT BERKESAN ... BAIK CUBA SEBELUM ANDA TERMASUK DIDALAM KUMPULAN PERCERAIAN YANG DICERITAKAN DIATAS ...
APALAH NILAI rm100 BERBANDING DENGAN NILAI rumahtangga yang telah terbina sekian lama

No comments:

Post a Comment

Promo Produk Di Rak Butik Orang Kampung

1. Suami saya malas bila diminta mengurut; gunakan MINYAK TUNA BUKIT. Gosokkan saja minyak dipermukaan kulit MACAM sapu bedak dimuka satu kali, dua kali, tiga kali, empat kali dan sudah siap ... Kulit tidak berminyak. Sakit uruat pun segera hilang.

2. Ingin mengembalikan kulit kembali seperti bayi ... licin, halus dan lembut! Gunakan
SABUN TIMUR TENGAH. Macam pakai sabun mandi biasa je ... lihat kesannya dalam seminggu ... kulit anda akan terasa benar-benar halus dan lembut. Anda pasti akan menyukainya. Boleh menjimatkan berbagai kos vitamin kulit. Bergaya dengan kulit bayi dan berdiri dengan penuh keyakinan.

3. Dah tak larat dah dengan kesan resedung ... jerawat, bersin dan rambut gugur; gunakan
SABUN RESEDUNG. Hama resedung akan mati. Cuma gunakan sabun sebelum tidur, itu saja. Perhatikan kesannya! Katakan TIDAK pada RESEDUNG. Ramai yang sudah dapat menikmati kulit muka yang baik ... anda bila lagi!! Untuk kesan MAX, amalkan meminum TEH EMAS.

4. Bilakah kali terakhir anda dan pasangan merasa seperti malam pertama dahulu! Sudah tentu lama dulukan ... Kembalikan aksi anda dengan
MINYAK LINTAH atau MINYAK TUNA BUKIT. Usahakan untuk memberi hadiah istimewa buat pasangan anda. Tiada yang mudah, tetapi berbaloi-baloi melalui usaha yang sedikit.

5. Selalu rasa mengantuk dan tidak bermaya; gunakan
TEH EMAS. Kini hanya dengan menjadi amalan meminum Teh Emas, anda dapat menyegarkan suhu badan, membersih sistem usus dan saraf DAN menyegarkan pernafasan anda.

6. Ingin merasa sentiasa segar; gunakan
SABUN SERAI. Anda akan merasa segar seperti sentiasa berada di 'tempat SPA'. Kulit menjadi harum dan cergas.

7. Cemas dengan kelenjar dipayu dara! Ramai yang telah berjaya menghilangkan kelenjar berkenaan melalui gosokan yang manja menggunakan
KRIM LINTAH. Kurangkan kerungsingan dan kembalikan keyakinan anda.

8. Merasa tegang di belakang leher (hyper tension) kerana kerja yang bertimbun atau masalah yang bertimpa-timpa atau migrane yang tak habis-habis. Jangan dibiarkan ianya berlarutan. Redakan tegangan ini dengan segera. Sapukan
KRIM LINTAH dibelakang leher supaya kesakitan cepat hilang. Jauhi diri anda dari postem, hidup ceria!

9. Selalu gagal membahagiakan isteri bila bermain 'ranjangan' dan dah nampak kenapa isteri kurang respect suami. Jangan biarkan sehingga perkara tak diingini terjadi. Atasilah segera sebelum terlambat. Mulakan dengan pakej yang terbilang ini.


Sebut Harga

Sebut Harga

ORDER

Order; sila call/sms +60193291311.

Penghantaran: Tiada wang pos dikenakan sekitar Semenanjung Malaysia.

POS:
Semenanjung Malaysia POS BIASA. Selainnya atas permintaan.

Tips Penjimatan POS: Baik order kumpulan barangan sehingga berat tidak melebihi 500g ... kerana apa? Sebab 1g hingga 499g adalah dalam kumpulan caj yang sama. Manakala melebihi 500g adalah dalam lingkungan caj yang lain. Jadi mengapa membazir? Jadilah sebahagian dari penyumbang SMART SPENDING.

MONEY Back Gurantee (Semenanjung Malaysia):
Tawaran ini hanya untuk sabun. Pun begitu hanya 100% dari harga barangan akan di pulangkan sekiranya, pembeli berjaya mengemukkan resit pembelian setelah menerima barangan yang ditempah. Untuk selainnya, 50% dari harga jualan akan dipulangkan kerana proses pembuatan agak rumit.

Terima Kasih kerana memilih dan menggunakan barangan dari BUTIK ORANG KAMPUNG.

Analytics.com