mari rapat ..

Belian runcit/pukal juga ada di sini. Dan apa kata jika produk disini dapat mengatasi masalah penyakit anda. Drug free. Semuanya adalah dari bahan semulajadi. Ok atau tidak produk di sini untuk anda adalah dengan IZIN ALLAH.

Friday, August 27, 2010

Info Asma

Umumnya


Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru. Asma merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu.



Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Disebabkan terdapat penyempitan pada salur udara dan, keradangan pada salur udara kesannya adalah terdapat peningkatan penghasilan lendir. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.


Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah Asma pada keluarga pesakit. Umumnya terlalu banyak bersenam, banyak melakukan kerja-kerja, tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru juga memungkinkan mendapat asma.



Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma. Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.


Alahan asma

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput, asap rokok, alat solek dan kelengkapan dandanan diri, pewarna makanan, asap dan debu (termasuk kutu rumah), tekanan, jangkitan seperti virus, genetik, angin sejuk, ubat-ubatan, punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian, industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu dan penambah (additives) makanan tertentu. Binatang peliharaan adalah penyebab utama. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Asma adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti batuk, pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas, rasa ketat pada dada, kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar, nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke dalam semasa bernafas dan semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos (pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

No comments:

Post a Comment

Promo Produk Di Rak Butik Orang Kampung

1. Suami saya malas bila diminta mengurut; gunakan MINYAK TUNA BUKIT. Gosokkan saja minyak dipermukaan kulit MACAM sapu bedak dimuka satu kali, dua kali, tiga kali, empat kali dan sudah siap ... Kulit tidak berminyak. Sakit uruat pun segera hilang.

2. Ingin mengembalikan kulit kembali seperti bayi ... licin, halus dan lembut! Gunakan
SABUN TIMUR TENGAH. Macam pakai sabun mandi biasa je ... lihat kesannya dalam seminggu ... kulit anda akan terasa benar-benar halus dan lembut. Anda pasti akan menyukainya. Boleh menjimatkan berbagai kos vitamin kulit. Bergaya dengan kulit bayi dan berdiri dengan penuh keyakinan.

3. Dah tak larat dah dengan kesan resedung ... jerawat, bersin dan rambut gugur; gunakan
SABUN RESEDUNG. Hama resedung akan mati. Cuma gunakan sabun sebelum tidur, itu saja. Perhatikan kesannya! Katakan TIDAK pada RESEDUNG. Ramai yang sudah dapat menikmati kulit muka yang baik ... anda bila lagi!! Untuk kesan MAX, amalkan meminum TEH EMAS.

4. Bilakah kali terakhir anda dan pasangan merasa seperti malam pertama dahulu! Sudah tentu lama dulukan ... Kembalikan aksi anda dengan
MINYAK LINTAH atau MINYAK TUNA BUKIT. Usahakan untuk memberi hadiah istimewa buat pasangan anda. Tiada yang mudah, tetapi berbaloi-baloi melalui usaha yang sedikit.

5. Selalu rasa mengantuk dan tidak bermaya; gunakan
TEH EMAS. Kini hanya dengan menjadi amalan meminum Teh Emas, anda dapat menyegarkan suhu badan, membersih sistem usus dan saraf DAN menyegarkan pernafasan anda.

6. Ingin merasa sentiasa segar; gunakan
SABUN SERAI. Anda akan merasa segar seperti sentiasa berada di 'tempat SPA'. Kulit menjadi harum dan cergas.

7. Cemas dengan kelenjar dipayu dara! Ramai yang telah berjaya menghilangkan kelenjar berkenaan melalui gosokan yang manja menggunakan
KRIM LINTAH. Kurangkan kerungsingan dan kembalikan keyakinan anda.

8. Merasa tegang di belakang leher (hyper tension) kerana kerja yang bertimbun atau masalah yang bertimpa-timpa atau migrane yang tak habis-habis. Jangan dibiarkan ianya berlarutan. Redakan tegangan ini dengan segera. Sapukan
KRIM LINTAH dibelakang leher supaya kesakitan cepat hilang. Jauhi diri anda dari postem, hidup ceria!

9. Selalu gagal membahagiakan isteri bila bermain 'ranjangan' dan dah nampak kenapa isteri kurang respect suami. Jangan biarkan sehingga perkara tak diingini terjadi. Atasilah segera sebelum terlambat. Mulakan dengan pakej yang terbilang ini.


Sebut Harga

Sebut Harga

ORDER

Order; sila call/sms +60193291311.

Penghantaran: Tiada wang pos dikenakan sekitar Semenanjung Malaysia.

POS:
Semenanjung Malaysia POS BIASA. Selainnya atas permintaan.

Tips Penjimatan POS: Baik order kumpulan barangan sehingga berat tidak melebihi 500g ... kerana apa? Sebab 1g hingga 499g adalah dalam kumpulan caj yang sama. Manakala melebihi 500g adalah dalam lingkungan caj yang lain. Jadi mengapa membazir? Jadilah sebahagian dari penyumbang SMART SPENDING.

MONEY Back Gurantee (Semenanjung Malaysia):
Tawaran ini hanya untuk sabun. Pun begitu hanya 100% dari harga barangan akan di pulangkan sekiranya, pembeli berjaya mengemukkan resit pembelian setelah menerima barangan yang ditempah. Untuk selainnya, 50% dari harga jualan akan dipulangkan kerana proses pembuatan agak rumit.

Terima Kasih kerana memilih dan menggunakan barangan dari BUTIK ORANG KAMPUNG.

Analytics.com